Wednesday, May 27, 2015

Milk Thistle (Silymarin)

Tanaman Kaya Khasiat, Kenali Milk Thistle

Kembali ke alam, begitulah trend dunia kesihatan saat ini. Bahkan dunia perubatan barat pun mempercayai terapi rawatan pada alam. Tanaman bernama milk thistle adalah salah satunya.
Milk thistle ( Silybum marianum ) telah digunakan selama lebih daripada 2,000 tahun. Banyak penulisan tentang kesannya pada kesihatan. Lebih dari 300 kajian saintifik terhadap milk thistle, salah satunya adalah kajian Morgan Stanley Children 's Hospital of New York-Presbyterian and Columbia University Medical Center yang mendapati kesan terhadap perlindungan hati oleh milk thistle pada anak yang menerima kemoterapi kanser. Kajian ini juga meliputi seluruh aspek penggunaan milk thistle dalam rawatan kanser, serta dalam melawan penyakit lain seperti hepatitis C, diabetes, dan HIV.
Anti Kanser
Para penyelidik mengemukakan bahawa kajian pra-klinikal dan klinikal menunjukkan potensi milk thistle sebagai unsur anti kanser.Milk thistle menjadi pilihan kerana saat ini tidak ada rawatan atau makanan tambahan lain disediakan yang dapat mengekalkan fungsi hati dan menyediakan manfaat klinikal. Potensi klinikal tambahan pelindung hati dalam rawatan kanser adalah penting, kerana pelbagai ubat kemoterapi serta kebanyakan ubat kanser lain yang dipakai pesakit mempunyai masalah ketoksikan hati yang sangat berat.
Milk thistle telah digunakan, terutama di Eropah, untuk merawat hepatitis, kerosakan pada hati yang diakibatkan oleh ketagihan alkohol, dan keracunan oleh beberapa jenis cendawan tertentu. Tidak ada bukti bahawa silymarin bertindak langsung terhadap HIV. Tetapi, ubat-ubatan yang digunakan untuk melawan HIV boleh merosakkan hati. Orang yang dijangkiti virus hepatitis B atau C (HBV dan HCV) mungkin cenderung mengalami masalah hati waktu pengambilan ubat antiretroviral (ARV). Milk thistle boleh membantu mencegah kerosakan pada hati.
Ekstrak tanaman ini juga melindungi hati melalui tindakan sebagai antioksida dan dengan mendorong tumbuhnya sel hati baru. Membantu pencernaan lemak, menjaga agar kompaun yang memberi kesan buruk tidak masuk pada sel hati, dan mencegah atau memulihkan kerosakan pada hati yang disebabkan oleh alkohol, dadah, racun perosak, racun lain, atau hepatitis. Milk thistle juga mempunyai kemampuan untuk mempercepat mengurangkan racun dalam tubuh sebelum masuk kedalam hati dan pengeluaran cecair hempedu.
Taksonomi
Milk thistles merupakan tumbuhan berbunga keluarga Asteraceae , genus Silybum.Tanaman ini merupakan tanaman asli di rantau Mediterranean, Eropah, Afrika Utara, dan Timur Tengah. Saat ini milk thistle tersebar luas di seluruh dunia, termasuk di Amerika Utara. Tumbuhan ini dikenali sebagai tumbuhan liar dengan nama saintifik Silybum marianum . Penamaan ini merujuk pada bahan aktif yang terkandung di dalamnya iaitu silibium atau silymarin. Kandungan silymarin banyak terdapat pada bahagian buah yang berwarna hitam.
Hanya ada dua jenis yang saat ini boleh diklasifikasikan dari genus Silybum iaitu Silybum eburneum yang dikenali dengan Silver Milk Thistle, Elephant Thistle, atau Ivory Thistle dan Silybum marianum yang dikenal dengan Blessed Milk Thistle, yang mempunyai banyak sinonim seperti Variegated Thistle. Dua jenis lain merupakan kacukan alami iaitu Silybum gonzaloi dan S.eburneum var. hispanicum. Setakat ini Silybum marianum diketahui merupakan jenis yang tersebar luas dan dipercayai paling banyak mengandungi silymarin untuk rawatan.
Silymarin
Kandungan aktif milk thistle adalah sebatian kimia yang disebut sebagai flavonoid.Flavonoid dalam milk thistle adalah Silybin, silydianin, dan silychristin. Secara bersama, ketiga flavonoid ini disebut sebagai silymarin. Oleh kerana itu, orang sering menyebut milk thistle dengan silymarin .
Dengan formula C25H22O10, silymarin atau silibinin berperanan sebagai antioksidan yang melindungi aksi radikal bebas. Beberapa produk penjagaan kulit mengandungi kompaun ini kerana aktiviti antioksidannya dapat mengurangkan risiko kanser kulit.
Silymarin melindungi hati dengan merangsang pembentukan sel-sel hati yang baru.Dengan menghalang pembentukan peroxidation silymarin membantu mengurangkan atau melindungi hati daripada kerosakan yang disebabkan oleh alkohol, cendawan beracun, ubat-ubatan, dan pelbagai racun lain.
Milk Thistle
Untuk rawatan, dibuat ramuan semacam jamu dari biji milk thistle. Ramuan ini sudah digunakan selama lebih daripada 2,000 tahun sejak zaman Yunani dan Rom kuno. Saat ini juga terdapat teh milk thistle. Tetapi perlu diingat bahawa silymarin, bahan aktif yang terkandung dalam milk thistle larut dalam alkohol, tidak boleh dihasilkan dengan air secara berkesan.Jika anda mahu mencuba membeli ekstrak milk thistle, hal yang sangat penting, pastikan piawaian dari proses pengekstrakan dan syarikat yang telah mempunyai good standardmanufacturing processes dan perhatikan dos yang dianjurkan.
Kegunaan milk thistle yang telah diuji pada manusia dan atau binatang. Keselamatan dan keberkesanannya tidak selalu sama untuk setiap orang. Pada beberapa kes yang serius harus dinilai oleh pasukan kesihatan yang memenuhi kelayakan.
Sumber : http://netsains.net

No comments: