Thursday, March 31, 2016

Ketahui Jenis Kulit Anda

Terdapat empat jenis kulit secara asasnya: kering, normal, kombinasi dan berminyak, dan setiap jenis kulit mempunyai cirinya yang tersendiri.


Kulit Kering 

  • Pori kecil dan wajah suram dengan sedikit atau tanpa sebarang minyak atau sinar kulit permukaan. 
  • Garis ekspresi mudah terbentuk pada kulit kering, terutamanya di sekitar mata dan mulut. 
  • Kulit menjadi kasar dan mungkin mengelupas atau merekah. 


Kulit Normal 

  • Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin.
  • Mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan atau pori tersumbat.
  • Apabila dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia yang lanjut.



Kulit Kombinasi 

  • Kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan zon T (kawasan yang membentuk huruf T yang melintasi dahi dan di sepanjang hidung sampai ke dagu) dengan sedikit tanda kekeringan pada pipi dan bahagian sisi luar muka. 
  • Jika dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah peringkat lanjut usia.



Kulit Berminyak 

  • Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan, menyebabkan kulit kelihatan berkilat. 
  • Kadang-kadang muka menjadi berminyak atau melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci. Ia juga dicirikan dengan pori-pori kasar berbanding dengan kulit jenis lain, lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat dan mudah tercela. 
  • Kulit berminyak tidak mudah berkedut berbanding dengan jenis kulit kering. 
  • Jumlah minyak yang banyak pada permukaan kulit membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.